Ahad, 21 Mac 201005.45 petang waktu Malaysia09.45 pagi waktu United KingdomBadrulville menghantar 2-3 SMS kepada
Terap, salah seorang sahabat yang juga merupakan teman sekaki dan sebola
badrulville di bandar raya Alor Setar yang ritma ayat SMS tersebut bertaip lebih kurang begini:
"Malam ni booking dekat Abang Wan 1 meja, layan MU vs. Liverpool kat sana... Suruh dia reserve kat kita meja yang dalam khemah tu..."Tempat yang dimaksudkan oleh
badrulville ialah salah satu cawangan 'Gemilang Burger' yang terletak bersebelahan Muzium Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar.
Gemilang Burger merupakan sebuah restoran yang menyediakan menu-menu masakan barat
(western food) dan semakin mendapat sambutan terutama sekali golongan remaja dan belia pelbagai bangsa termasuklah
badrulville sendiri. Dan boleh dikatakan Gemilang Burger juga kini telah menjadi
port rasmi badrulville dan rakan-rakan yang lain untuk bersantai pada waktu malam. Antara menu popularnya ialah
'double plate'...
'Double plate' Gemilang Burger
09.00 malam waktu Malaysia01.00 petang waktu United KingdomBadrulville: "Hujan ni wei, angin pun kuat!"
Terap: "Aku nak keluaq dah ni..."
Badrulville: "Pi sana satgi kalau macamni Astro pun takleh tengok,"
Terap: "Kena pi jugak la, kita dah booking tempat,"
Badrulville: "OK, OK... Satgi aku sampai,"
Terap: "Aku sokong Liverpool malam ni... YNWA!"Badrulville agak gusar dengan keadaan cuaca bila mana hujan turun mencurah-mencurah bermula jam 8 malam... Dengan angin yang cukup kuat, sekitar jam 9 malam skrin TV yang terletak di ruang tamu rumah sudah bertukar hitam dengan perkataan
'Service currently not available' tertera. Dalam hati terdetik:
"Ahh... Punggahhh... Kempunan pulak la nak tengok game satgi..."Dan bagi Terap, salah seorang
hardcore Arsenal selain peminat
Nicklas Bendtner semalam menyatakan sokongannya kepada The Reds walaupun sebelum ini acapkali memperlekehkan Rafa Benitez kerana tak lain dan tak bukan untuk melihat Manchester United tumbang sekaligus gagal dalam usaha untuk mempertahankan trofi BPL.
09.30 malam waktu Malaysia01.30 petang waktu United KingdomBadrulville, Terap, Anas dan Angah tiba di Gemilang Burger dengan keadaan hujan masih lebat. Cukup melegakan bila layar besar yang dipasang terpancar
live dari Old Trafford dan kami terus menuju ke meja yang telah di
booking seterusnya menikmati perlawanan MU menentang Liverpool...
09.37 malam waktu Malaysia01.37 petang waktu United Kingdom"Goooolllll!!!" bergegak gempita Gemilang Burger dengan sorakan sebahagian The Kops Cawangan Alor Setar apabila Fernando Torres menanduk bola masuk ke gawang MU hasil hantaran lintang Dirk Kuyt seawal minit kelima permainan...
"Lauk lagi MU malam ni..."09.42 malam waktu Malaysia
01.42 petang waktu United Kingdom"Bodo punya Mascherano!!!" - itulah bait-bait ayat yang terpancul keluar dari mulut Terap setelah Howard Webb menghalakan tangannya tepat ke arah
'penalty spot' apabila Javier Mascherano menarik lengan Antonio Valencia di dalam kotak penalti Liverpool. Dan Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol peribadinya yang ke-26 menerusi
follow up daripada sepakan penalti yang diambilnya sendiri walaupun pada mulanya Pepe Reina berjaya menepis keluar... Dan Terap tak habis-habis menyumpah-seranah Mascherano...
Tak berapa perasan jam berapa dah waktu Malaysia...Waktu United Kingdom lagi la tak ambik tau...Park Ji-Sung
(Hangul: 박지성; Hanja: 朴智星; Korean pronunciation: [pak̚t͈ɕisʌŋ]) tambah lagi sebijik gol, Sir Alex Ferguson plak meloncat-loncat seronok macam budak tadika... Meluat aku tengok!
Taktau jam berapa dah waktu Malaysia!!
Waktu United Kingdom pun tak ambik kisah dah masa tu!!Habih game:
Manchester United 2 Rooney 12' (pen.), Park 60'
Liverpool 1 Torres 5'
Dan Terap teruih-meneruih dengan berguni-guni dok maki Mascherano sampai ke rumah - "Bodo punya Mascherano!"...

Antara aksi Javier Mascherano yang telah memanaskan hati Terap Badrulville: Liverpool kalah! Get lost la Howard Webb!! Bias!! Pilih kasih!! Nampak sangat sokong MU!!
'Hawaq' Webb