
‘JABULANI’ membawa maksud ‘perayaan’ di dalam masyarakat Zulu yang juga dikenali sebagai loghat ‘isiZulu’ iaitu salah satu daripada 11 bahasa rasmi yang terdapat dalam suku kaum Afrika Selatan.
Selain maksudnya, angka 11 merupakan satu angka istimewa yang terdapat pada ciri-ciri Adidas Jabulani ini. Dengan gabungan 11 warna yang berbeza-beza telah menggambarkan atau mewakili beberapa fakta menarik:
- bola rasmi Adidas ke-11 yang telah digunakan untuk kejohanan Piala Dunia FIFA;
- 11 orang pemain di dalam sesebuah pasukan yang bertanding;
- 11 bahasa rasmi yang mewakili setiap 11 suku bangsa atau puak utama di Afrika Selatan dan menjadikannya salah satu negara yang memiliki paling banyak etnik yang pelbagai di benua Afrika.


Adidas Jabulani dihasilkan daripada lapan panel yang dijalinkan bagi membentuk sebuah bola yang ‘lebih bulat’ berbanding dengan 10 jenis bola rasmi keluaran Adidas yang telah digunakan sejak 1970.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan