Jumlah Pengunjung

20 Mac 2010

TM Piala FA 2010 - Kedah Mengamuk Sakan, Layak ke Separuh Akhir

ATM 0
Kedah 5
Baddrol Bakhtiar 9', 45', Azmi Muslim 47', Shafiq Jamal 52', Aminuddin Azmi 73'
(Kedah menang dengan aggregat 6-1)

Setelah berbagai kritikan dan tohmahan yang diterima sejak kebelakangan ini, akhirnya anak-anak buah Hj. Ahmad Yusof membuktikan Kedah masih boleh bernafsu untuk melangkah jauh lagi dalam saingan Liga M 2010. Pada perlawanan sebentar tadi ATM menjadi mangsa amukan Sang Kenari.

Agak sedih apabila pasukan kesayangan badrulville sejak kecil ini dilayan dengan penuh rasa marah peminat dan penyokong bola sepak Kedah yang langsung tidak menghormati perasaan jurulatih dan pemain-pemain skuad Kenari. Tak cukup dengan kutukan keras kepada pemain melalui laman Facebook, yang buta IT pula ligat berdemonstrasi di perkarangan Stadium Darulaman pada dua perlawanan sebelum ini meminta supaya ketua jurulatih Hj. Ahmad Yusoff meletakkan jawatan yang disandangnya ketika ini... Hampa pandai sangat dok suruh dia letak jawatan, nak suruh sapa pulak jadi coach??

FOTO - Jeebsion

Tahniah buat pemain pasukan Kedah yang sedikit sebanyak telah berjaya mengembalikan kepercayaan pencinta bola sepak Kedah untuk mengharugi perlawanan seterusnya selepas ini teutama sekali bagi saingan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu... 'Berjuanglah sejiwa murni'...

SOKONGAN SEPANJANG ZAMAN...

'Selamat Datang' ke Dunia Blogger

'Selamat datang'? Mungkin agak kurang sesuai dengan ungkapan tersebut kerana badrulville telah bergelar sebagai blogger sejak Mac 2009 lagi. Walaubagaimanapun badrulville selama ini hanya bertapak sebagai blogger melalui laman rasmi Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) bagi mempromosikan PBMK ke seantero Malaysia khususnya dengan kejayaan cemerlang pasukan Melayu Kedah melangkah ke perlawanan akhir 'Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009'. Justeru, tidak kekok bagi badrulville untuk mewujudkan laman blog peribadi pula...