Jumlah Pengunjung

27 Mac 2010

"Higuaín demam kot?"


Selepas menghidupkan komputer riba badrulville, pada LiverpoolFC.tv Gadget yang terdapat di desktop sidebar tertera topik 'Madrid star linked' dan 'Reds in Madrid striker link'. Tanpa berlengah badrulville terus ke pautan tersebut. Ketika melayari Facebook, Terap turut berada di dalam talian...
Badrulville: "Haaa... Gonzalo Higuaín nak pi Liverpool..."
Terap: "Hahaha! Satu keputusan yang bodoh. Hang baca kat mana?"
Badrulville: http://www.liverpoolfc.tv/news/media-watch
Terap: "Higuaín demam kot...? Pada pi Liverpool baik pi Bolton Wanderers...

Adakah Liverpool yang mendapat jolokan baru sebagai "The Sinking Ships" selain "The Reds" daripada Albert Riera bakal menerima khidmat "El Pipita"?

Higuaín, penjaring terbanyak Los Merengues ketika ini dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield oleh media Sepanyol. Bos The Reds, Rafael Benítez juga tanpa berselindung sudah mengakui minatnya untuk membawa masuk Higuaín untuk digandingkan dengan Fernando Torres sekiranya berpeluang. Higuaín pada suatu ketika hampir-hampir menyarung jersi kebangsaan Perancis setelah kecewa tidak pernah mendapat peluang untuk mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Argentina di peringkat antarabangsa.

Semuanya gara-gara sasaran Presiden Real Madrid, Florentino Pérez untuk menjuarai Liga Juara-juara Eropah terkubur di tangan Lyon. Dan turut dikhabarkan sekurang-kurangnya sembilan orang pemain bakal ditunjukkan jalan keluar dari Santiago Bernabéu bagi membolehkan Pérez mengembangkan dana yang lebih besar untuk membawa masuk bintang-bintang baru ke Real Madrid termasuklah Franck Ribery.

Profil Gonzalo Higuaín
NAMA PENUH: Gonzalo Gerrado Higuaín
GELARAN: El Pipita
TARIKH LAHIR: 10 Disember 1987 (22 tahun)
TEMAT LAHIR: Brest, Perancis
TINGGI: 1.84 meter (6 kaki 1/2 inci)
KELAB: Real Madrid
POSISI: Penyerang / Pemain sayap
NO. JERSI: 20
KARIER: River Plate (2004-2006), Real Madrid (2007-sekarang)

26 Mac 2010

Bukit Kepong

Tengah syok badrulville layan minum-minum, makan-makan dekat Restoran Mimi Tomyam, Jalan Langgar dengan Pai dan Chik sambil dok layan TV, lebih kurang jam 10 malam, RTM TV 2 tayang pulak filem 'Bukit Kepong'. "Alamakk... Layan cerita nie......"
Walaupun sebelum ni sejak darjah dua lagi dah tengok banyak kali cerita Bukit Kepong ni, badrulville masih mempunyai minat untuk mengikutinya. Bersempena dengan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203, TV 2 telah mengambil inisiatif untuk menayangkan filem tersebut.
Selalunya kalau duduk bersembang tu sampai empat jam pun buleh tahan. Tapi, malam tadi duduk tak sampai sejam dah pakat balik rumah...

Cukup tersentuh bila menghayati filem Bukit Kepong. Bagi badrulville, ianya lebih menarik jika dibandingkan dengan filem seperti Leftenan Adnan, Embun dan lain-lain lagi yang mengisarkan tentang pahit maung para pejuang Tanah Melayu untuk mempertahankan tanahair daripada dijajah oleh British, Jepun dan ancaman pengganas komunis...

Berikut adalah ringkasan sejarah peristiwa Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor Darul Takzim:

Permulaan

Tragedi Bukit Kepong merupakan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan pengganas Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di sekitar kawasan Balai Polis Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing Sungai Muar, sekitar 60 km dari bandar Muar.


Kejadian ini bermula sekitar jam 4.15 pagi apabila pihak komunis melancarkan serangan secara gerila. Komunis ingin menjadikan contoh daripada serangan tersebut tentang akibat kepada sesiapa yang menentang perjuangan mereka.


Apabila mereka mulakan kepungan, pihak komunis percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan menakluk balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1. Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2. Kedudukan balai polis tersebut yang agak terpencil

Sewaktu serangan berlaku, Sarjan Jamil Mohd Shah telah ditugaskan sebagai Ketua Polis Balai dengan platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Pasukan ini turut diperkukuhkan dengan kehadiran tiga anggota konstabel polis khas dan empat anggota polis tambahan bagi menjalankan tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya. 13 orang termasuk isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai polis.

Kesukaran sistem perhubungan adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin diwujudkan di situ. Malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan hanya menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

Serangan Komunis

Menurut saksi, lebih 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni ke-4 yang membuat serangan dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera atau Mat Indera, komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina. Pada awal rancanganya Mat Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai satu amaran sahaja. Bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Goh Peng Tun.

Pihak komunis mengepung Balai Polis Bukit Kepong dengan separuh anggota di bahagian hadapan, bakinya di sekeliling balai polis. Pertempuran bermula apabila Konstabel Jaffar Hassan menembak mati seorang pengganas yang sedang memotong kawat duri balai polis tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi hakikatnya berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis Bukit Kepong terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan.


Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil enggan menyerah walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka meletakkan senjata. Satu persatu anggota keselamatan gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan atau Auxiliary Police (AP) beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali Mustaffa. Walaubagaimanapun, mereka telah diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis sendiri turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu.

7 pagi, komunis menangkap seorang isteri polis, Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah diri tetapi tidak diendahkan oleh Sarjan Jamil. Pada masa ini Fatimah Ya’aba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru kepada pihak polis untuk menyerah kalah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.

Pada detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis telah membakar berek kelamin dan balai polis. Dua orang isteri dan anak-anak anggota keselamatan terbakar hangus dalam berek kelamin. Hanya tinggal tiga orang anggota polis dan seorang Pengawal Kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus melepaskan tembakan kepada mereka yang cuba meninggalkan balai polis yang sedang dijilat api.

Hanya selepas lima jam bertempur, barulah pihak komunis berjaya menawan Balai Polis Bukit Kepong. Mereka kemudian kembali ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut menghumban mereka yang tercedera dan mayat yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan, anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api. 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri serta tiga orang anak mereka. Jumlah kematian adalah seramai 25 orang. Mereka yang terselamat ialah empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga.

Mereka yang Terselamat

Anggota polis:

1. Konstabel Polis 10533 Othman Yusoff
2. Konstabel Polis Marin 37 Abu Bakar Daud
3. Konstabel Polis Tambahan 3472 Ahmad Khalid
4. Konstabel Polis 7645 Haji Yusoff Rono (meninggal dunia pada 14 April 2005)

Ahli keluarga anggota polis:
1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar
2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
3. Abu Samah Muhamad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
4. Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

Mereka yang Terbunuh Dalam Pertempuran

Anggota polis:
1. Sarjan 3493 Jamil Mohd Shah (Ketua Polis Balai Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (Timbalan Ketua Polis Balai Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar
4. Konstabel Polis 3933 Hamzah Ahmad
5. Konstabel Polis 5674 Abu Mohd Ali
6. Konstabel Polis 7493 Muhamad Jaafar
7. Konstabel Polis 7862 Abu Kadir Jusoh

8. Konstabel Polis 8600 Jaafar Hassan
9. Konstabel Polis 9136 Hassan Osman
10. Konstabel Polis Tambahan 3475 Mohd Top Lazim
11. Konstabel Polis Tambahan 3795 Jaafar Arshad
12. Konstabel Polis Marin 60 Ibrahim Adam
13. Konstabel Polis Marin 68 Awang Ali
14. Konstabel Polis Marin 181 Basiron Adam

Polis Bantuan:
1. AP 2130 Samad Yatim
2. AP Mahmood Saat
3. AP 1925 Ali Akop
4. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga anggota:
1. Fatimah Ya'aba - isteri kepada Konstabel Abu Bakar Daud
2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Abu Bakar Daud
3. Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
4. Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran di luar balai polis
:
1. AP Redzuan Alias
2. Embong Lazim
3. Koh Ah Cheng

22 Mac 2010

"Bodo Punya Mascherano!"


Ahad, 21 Mac 2010

05.45 petang waktu Malaysia
09.45 pagi waktu United Kingdom
Badrulville menghantar 2-3 SMS kepada Terap, salah seorang sahabat yang juga merupakan teman sekaki dan sebola badrulville di bandar raya Alor Setar yang ritma ayat SMS tersebut bertaip lebih kurang begini: "Malam ni booking dekat Abang Wan 1 meja, layan MU vs. Liverpool kat sana... Suruh dia reserve kat kita meja yang dalam khemah tu..."
Tempat yang dimaksudkan oleh badrulville ialah salah satu cawangan 'Gemilang Burger' yang terletak bersebelahan Muzium Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar.
Gemilang Burger merupakan sebuah restoran yang menyediakan menu-menu masakan barat (western food) dan semakin mendapat sambutan terutama sekali golongan remaja dan belia pelbagai bangsa termasuklah badrulville sendiri. Dan boleh dikatakan Gemilang Burger juga kini telah menjadi port rasmi badrulville dan rakan-rakan yang lain untuk bersantai pada waktu malam. Antara menu popularnya ialah 'double plate'...

'Double plate' Gemilang Burger

09.00 malam waktu Malaysia
01.00 petang waktu United Kingdom
Badrulville: "Hujan ni wei, angin pun kuat!"
Terap:
"Aku nak keluaq dah ni..."
Badrulville:
"Pi sana satgi kalau macamni Astro pun takleh tengok,"
Terap:
"Kena pi jugak la, kita dah booking tempat,"
Badrulville:
"OK, OK... Satgi aku sampai,"
Terap:
"Aku sokong Liverpool malam ni... YNWA!"
Badrulville agak gusar dengan keadaan cuaca bila mana hujan turun mencurah-mencurah bermula jam 8 malam... Dengan angin yang cukup kuat, sekitar jam 9 malam skrin TV yang terletak di ruang tamu rumah sudah bertukar hitam dengan perkataan 'Service currently not available' tertera. Dalam hati terdetik: "Ahh... Punggahhh... Kempunan pulak la nak tengok game satgi..."
Dan bagi Terap, salah seorang hardcore Arsenal selain peminat Nicklas Bendtner semalam menyatakan sokongannya kepada The Reds walaupun sebelum ini acapkali memperlekehkan Rafa Benitez kerana tak lain dan tak bukan untuk melihat Manchester United tumbang sekaligus gagal dalam usaha untuk mempertahankan trofi BPL.

09.30 malam waktu Malaysia
01.30 petang waktu United Kingdom
Badrulville, Terap, Anas dan Angah tiba di Gemilang Burger dengan keadaan hujan masih lebat. Cukup melegakan bila layar besar yang dipasang terpancar live dari Old Trafford dan kami terus menuju ke meja yang telah dibooking seterusnya menikmati perlawanan MU menentang Liverpool...

09.37 malam waktu Malaysia
01.37 petang waktu United Kingdom
"Goooolllll!!!" bergegak gempita Gemilang Burger dengan sorakan sebahagian The Kops Cawangan Alor Setar apabila Fernando Torres menanduk bola masuk ke gawang MU hasil hantaran lintang Dirk Kuyt seawal minit kelima permainan... "Lauk lagi MU malam ni..."

09.42 malam waktu Malaysia
01.42 petang waktu United Kingdom

"Bodo punya Mascherano!!!" - itulah bait-bait ayat yang terpancul keluar dari mulut Terap setelah Howard Webb menghalakan tangannya tepat ke arah 'penalty spot' apabila Javier Mascherano menarik lengan Antonio Valencia di dalam kotak penalti Liverpool. Dan Wayne Rooney berjaya menjaringkan gol peribadinya yang ke-26 menerusi follow up daripada sepakan penalti yang diambilnya sendiri walaupun pada mulanya Pepe Reina berjaya menepis keluar... Dan Terap tak habis-habis menyumpah-seranah Mascherano...

Tak berapa perasan jam berapa dah waktu Malaysia...
Waktu United Kingdom lagi la tak ambik tau...
Park Ji-Sung (Hangul: 박지성; Hanja: 朴智星; Korean pronunciation: [pak̚t͈ɕisʌŋ]) tambah lagi sebijik gol, Sir Alex Ferguson plak meloncat-loncat seronok macam budak tadika... Meluat aku tengok!

Taktau jam berapa dah waktu Malaysia!!
Waktu United Kingdom pun tak ambik kisah dah masa tu!!

Habih game:
Manchester United 2 Rooney 12' (pen.), Park 60'
Liverpool 1
Torres 5'
Dan Terap teruih-meneruih dengan berguni-guni dok maki Mascherano sampai ke rumah - "Bodo punya Mascherano!"...

Antara aksi Javier Mascherano yang telah memanaskan hati Terap

Badrulville: Liverpool kalah! Get lost la Howard Webb!! Bias!! Pilih kasih!! Nampak sangat sokong MU!!

'Hawaq' Webb

21 Mac 2010

Berita Harian: Masa belajar BM, BI ditambah

Kabinet setuju usaha selaras pelaksanaan MBMMBI mulai tahun depan

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditambah di sekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.

Katanya, masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu. “Namun waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan,” katanya selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dasar MBMMBI diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyarankan lebih banyak badan korporat menderma buku kepada perpustakaan sekolah.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menyarankan PBAKL diangkat sebagai pusat perdagangan industri buku, sekurang-kurangnya bagi rantau Asia dalam jangka masa 10 tahun akan datang dengan menjadikan Pesta Buku Frankfurt yang disertai hampir 10,000 penggiat industri buku seluruh dunia sebagai penanda aras.
“Saya yakin ia dapat dicapai kerana nilai dagangan PBAKL 2009 mencecah RM20 juta dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia perlu bersedia menjadi agensi peneraju kepada industri buku bagi mencapai hasrat itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran yang juga Pengerusi PBAKL, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pesta kali ini disertai 202 syarikat luar dan dalam negara dengan 856 gerai.

Muhyiddin turut melancarkan buku Najib: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan tulisan Aizuddin Muhammad Muaz yang memaparkan perjalanan Datuk Seri Najib Razak dalam politik.

Profesion perguruan semakin lama semakin mencabar...

Cuti Sekolah Dah Habih...

Dah habih pun cuti sembilan hari (11 hingga 20 Mac 2010)... Masa untuk kembali komited kepada tugas sebagai pendidik... Antara 'aktiviti-aktiviti' yang terpaksa ditempuhi lepaih ni sebelum 'tarikh keramat' 4 Jun 2010 bermula:
- hari-hari mau update lesson note
- hari-hari mau semak buku latihan
- kembali 'menyinga' dekat anak murid
- latihan pasukan bola baling sekolah
- kemaskini report card murid
- ujian bulanan April
- School Based Oral Assessment
- sambutan Hari Guru 2010
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
dll.