Jumlah Pengunjung

26 Oktober 2011

Inovasi: Logo Majlis Sukan Sekolah SKCAS

Minggu sudah ketika mengelamun sendirian di depan komputer riba, terdetik di dalam hati untuk menghasilkan sesuatu yang baru untuk sekolah. Dan inilah hasilnya:

1. 'Bulatan pada keseluruhan logo' melambangkan kesepaduan seluruh warga SKCAS di bawah satu naungan sekolah untuk menjayakan program-program sukan.

2. 'Lencana sekolah' di tengah-tengah logo sebagai identiti SKCAS.

3. 'Tiga warna utama' yang terdapat pada keseluruhan logo iaitu kuning, biru muda dan putih mewakili warna-warna yang terdapat pada bendera sekolah.

4. 'Dua butir bintang bewarna kuning' melambangkan SKCAS sentiasa melahirkan bintang-bintang sukan yang berjaya mengharumkan nama sekolah.

5. 'Empat gegelang dengan empat warna' membawa maksud keutuhan, kesepakatan, kerjasama erat dan semangat kesukanan untuk meningkatkan mutu sukan sekolah.
Empat warna yang berbeza pula mewakili rumah-rumah sukan di SKCAS iaitu:
● warna merah mewakili rumah ‘Mawar’
● warna biru mewakili rumah ‘Anggerik’
● warna kuning mewakili rumah ‘Alamanda’; dan
● warna hijau mewakili rumah ‘Kenanga’

25 Oktober 2011

'Sayur Merah'


'6-1' - angka yang hangat diperkatakan sejak semalam, hari ini, esok atau mungkin sepanjang minggu ini. Antara topik hangat selepas kemalangan maut penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang dan kematian Kolonel Muammar Gaddafi di tangan rakyatnya sendiri. Walau apapun yang dibincangkan, ianya telah mengubah rekod dan statistik kelab tersohor dunia, Manchester United antaranya:
  • kekalahan terbesar dalam saingan 'Manchester derby' selepas Januari 1926 dengan jumlah jaringan yang sama
  • kekalahan terbesar di Old Trafford selepas tewas 1-7 kepada Newcastle pada September 1927
  • kekalahan terbesar sepanjang penyertaan dalam Liga Perdana Inggeris yang bermula pada tahun 1992
Sukar untuk mempercayainya apabila barisan muda MU tampil garang di awal musim dengan menjaringkan 14 gol dalam empat perlawanan apatah lagi mereka dilihat cukup gah untuk muncul juara buat kali ke-20 apabila mudah memperkotak-katikkan skuad bimbingan Arsene Wenger 8-2. Namun segalanya berubah semalam sehinggakan Sir Alex Ferguson menyatakan "Ia merupakan keputusan paling teruk dalam sejarah hidup saya,".

Dan cukup menarik untuk dilihat pada status rakan-rakan di Facebook yang anti-MU dengan berbagai-bagai bentuk provokasi dan manipulasi tentang kekalahan 'Syaitan Merah' yang telah dianggap menjadi 'Sayur Merah'...


Poster 19 kejuaraan yang diterbalikkan menjadi angka '61' (6-1)