Jumlah Pengunjung

25 Oktober 2011

'Sayur Merah'


'6-1' - angka yang hangat diperkatakan sejak semalam, hari ini, esok atau mungkin sepanjang minggu ini. Antara topik hangat selepas kemalangan maut penunggang San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli di Litar Antarabangsa Sepang dan kematian Kolonel Muammar Gaddafi di tangan rakyatnya sendiri. Walau apapun yang dibincangkan, ianya telah mengubah rekod dan statistik kelab tersohor dunia, Manchester United antaranya:
  • kekalahan terbesar dalam saingan 'Manchester derby' selepas Januari 1926 dengan jumlah jaringan yang sama
  • kekalahan terbesar di Old Trafford selepas tewas 1-7 kepada Newcastle pada September 1927
  • kekalahan terbesar sepanjang penyertaan dalam Liga Perdana Inggeris yang bermula pada tahun 1992
Sukar untuk mempercayainya apabila barisan muda MU tampil garang di awal musim dengan menjaringkan 14 gol dalam empat perlawanan apatah lagi mereka dilihat cukup gah untuk muncul juara buat kali ke-20 apabila mudah memperkotak-katikkan skuad bimbingan Arsene Wenger 8-2. Namun segalanya berubah semalam sehinggakan Sir Alex Ferguson menyatakan "Ia merupakan keputusan paling teruk dalam sejarah hidup saya,".

Dan cukup menarik untuk dilihat pada status rakan-rakan di Facebook yang anti-MU dengan berbagai-bagai bentuk provokasi dan manipulasi tentang kekalahan 'Syaitan Merah' yang telah dianggap menjadi 'Sayur Merah'...


Poster 19 kejuaraan yang diterbalikkan menjadi angka '61' (6-1)

Tiada ulasan: